JANGAN PANDANG BELAKANG :~
Setiap orang mempunyai kegagalan atau kesilapan di masa lalu. Untuk berjaya, anda perlu belajar dari masa lalu dan hargai pengalaman sukar yang telah dilalui tetapi jangan memikirkannya. Anda perlu maju ke hadapan dan buat yang lebih baik, buat keputusan yang lebih bijak dan jadikan pengalaman lalu sebagai ikhtibar.
Berikut merupakan ayat-ayat motivasi untuk diri sendiri:
- Hidup ini terlalu indah, nikmatilah..
- Ingat, bahawa anda tidak pernah bersendirian.
- Tiada siapa yang boleh mengubah siapa anda, kecuali anda sendiri
- Tindakan lebih penting daripada kata-kata yang sia-sia
- Jangan berhenti katakan pada diri sendiri yang anda juga Boleh
- Putus asa adalah sia-sia, mengapa harus mensia-siakan hidup anda?
- Putus asa adalah sia-sia, mengapa harus mensia-siakan hidup anda?
- Hargai hidup anda, lakukan yang terbaik bukan menyesali kehidupan
“Jika mereka boleh, kenapa saya tak boleh?”
- Lakukan perkara yang baik, pasti semuanya akan jadi baik-baik
- Berprasangka baik
- Usaha, usaha, usaha
- Sabar jika ada yang menyakiti anda, Allah kan ada?
- Yang paling utama, dekatkan diri dengan Allah
Kongsikan Tips anda juga ^_^
Cara-Cara Berkesan Meningkatkan
Motivasi Diri Anda
Artikel motivasi ini memaparkan 21 cara
berkesan untuk meningkatkan motivasi atau memotivasikan diri anda terutamanya
tatkala perasaan lemah, tidak bermaya, atau putus asa melanda diri
anda!
Berikut ini adalah 21 cara!
Berikut ini adalah 21 cara!
- Kenal pasti apakah yang menyebabkan anda kehilangan
semangat atau motivasi dan fikirkan langkah terdekat yang anda patut lakukan
untuk mengembalikan atau meningkatkan motivasi diri anda.
- Baca buku motivasi terutamanya biografi orang-orang yang berjaya.
- Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah daripada Allah.
- Mendengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.
- Mencipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun boleh.”
- Tidur sehingga anda benar-benar sihat dan segar semula. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan kebosanan.
- Bersenam atau
melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya
badan dan minda sentiasa sihat cergas dan cerdas.
- Bertekad untuk menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh kesungguhan sehingga selesai!
- Membuat atau mengkaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
- Menghadiri seminar motivasi.
- Mendirikan
sembahyang / solat khusus khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk
dari Allah S.W.T.
- Bermain musik
kegemaran anda sekiranya anda pandai bermain alat musik - mana tahu dapat pula
mencipta suatu musik atau lagu yang hebat!
- Menatap
gambar-gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru kepada
anda.
- Meditasi.
- Menyusunatur
pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb. - pejabat / rumah yang kemas mengarah
kepada pemikiran yang cerdas, teratur, tenang dan
produktif.
- Berjumpa dengan
kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.
- Berjumpa dengan
kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan, nasihat serta motivasi.
- Keluar makan dengan
ahli-ahli keluarga atau dengan kawan-kawan rapat lagi positif.
- Beriadah -
bersiar-siar bersama ahli keluarga - tempat yang baik untuk melakukan ini ialah
bersiar-siar di Mall yang besar dengan berjalan agak laju sedikit atau
sekali-sekala ke pantai yang indah lagi nyaman.
- Mengadakan kenduri
doa selamat atau berjumpa dengan ibu-bapa jika masih ada.
- Melancong di dalam atau ke luar negara
dengan tujuan mendapat semangat atau idea-idea
baru.
Pilihlah
mana-mana satu yang sesuai bila-bila masa anda memerlukan suntikan motivasi.
Insya-Allah, semangat, motivasi dan kecergasan diri anda akan kembali
kuat.
No comments:
Post a Comment